Friday 16 January 2015

Monday 5 January 2015

Disebalik Airmata Ada Airmata

Setiap orang pernah menangis, Setiap orang pernah rasa sedih, Bila sedih, airmata akan mengalir, Tapi kita tak tahu, disebalik airmata ,kita ada airmata lain, Bila kita sedih, Kita kena tahu, ada orang lain yang ,lagi sedih dari kita, Bila kita menangis, ingatlah bahawa ada airmata lain yang mengalir, Airmata orang yang lagi sedih ,daripada kita, Seteruk mana kesedihan kita, Ada lagi insan yang lagi sedih dari kita...

Thursday 1 January 2015

Sebotol Air Penawar Airmata Kuala Krai

Ya Allah. Sedih. Itu gambaran jelas yang bermain dimata aku bila melihat Kuala Krai seperti 'tsunami' yang baru lepas membadai daerah itu. Seteruk banjir di Pasir Mas, lagi teruk bagi saudara kita di Kuala Krai menempuh dugaan dan ujian dari Allah.. Ya Allah... masih teringat seorang kanak-kanak meminta sebotol air mineral untuk minum. Semoga budak lelaki itu tabah mengharungi semua ini. Esok aku akan melawat dan membantu seberapa kudrat aku yang termampu. Jumpa lagi Kuala Krai...Jangan menangis lagi...

Salam Blog

Assalamualaikum w.b.t Biarlah orang mengenali saya dengan hanya nama pena saya Amro Hamka. Berasal dari Pasir Mas Kelantan.saya harap semua akan membaca kisah perjalanan hidup saya, cerita dari Kelantan dan pahit manis kehidupan